sains pemikiran & etika (group F)
tan see mun
197505
~Sains Pemikiran & Etika~
Saturday, March 31, 2012
Friday, March 30, 2012
BAB 9 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah menghadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian. Masalah pula ada berbagai-bagai kategori seperti misteri, puzzle, dilema dan peluang. Masalah dan isu perlu diberi perhatian oleh pengurus-pengurus dan jalan penyelesaian hendaklah dicari secepat mungkin.
Sifat Penyelesaian Masalah
Empat ciri penting di dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan (Francis,1990):
i) Motivasi yang kuat
ii) Trait yang positif
iii) Jati diri
iv) Membina kemahiran
Kategori Masalah
Terdapat 6 jenis masalah:
i) Misteri
ii) Tugasan
iii) Kesukaran
iv) Keempat peluang
v) Tidak pasti /“puzzles”
vi) Dilema
Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik Dan Logik
Berikut ialah satu model penyelesaian masalah secara logik dan saintifik yang menggunakan lapan langakh:
i) Mendefinisikan masalah
ii) Mengkelaskan masalah
iii) Tentukan objektif
iv) Tentukan ukuran kejayaan
v) Kutipan data
vi) Membuat keputusan
vii) Melaksanakan keputusan yang diambil
viii) Penilaian
Penyelesaian Secara Saintifik
Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti berikut:
i) Mengadakan hipotesis
ii) Mengumpul maklumat
iii) Membuat kesimpulan
Penyelesaian Secara Kreatif/Lateral
Faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif pada masalah yang kita hadapi:
i) Kita terlalu mempermudahkan masalah itu
ii) Kita tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita.
iii) Kita tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan
Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i) Ia tidak bersifat kritikal
ii) Ia tidak bersifat analitikal
iii) Ia tidak bersifat vertical
Enam Topi Berfikir:
i) Topi hijau
ii) Topi kuning
iii) Topi putih
iv) Topi hitam
v) Topi merah
vi) Topi biru
Enam kasut bertindak
i) Kasut formal biru laut
ii) Kasut kelabu
iii) Kasut perang
iv) Boot oren
v) Selipar merah jambu
vi) Kasut tunggangan ungu
Penyelesaian Melalui Perasaan
Kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama:
i) Kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii) Kebolehan dalam pengurusan emosi
iii) Kebolehan meningkatkan motivasi
iv) Kebolehan mengenal emosi orang lain
v) Kebolehan menjalin persaudaraan
Penyelesaian Secara Islam
Pada hakikatnya penyelesaian masalah secara Islam mempunyai dua corak yang popular, iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi.
BAB 10 ETIKA DAN NILAI-NILAI MURNI DI MALAYSIA
Etika yang menjadi norma kepada masyarakat Malaysia yang dinamakan etika nilai-nilai murni Malaysia. Malaysia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, memiliki ciri-ciri sosialnya tersendiri. Ini dapat dilihat pada bahasa, agama, kepercayaan dan cara hidup iaitu warisan setiap kaum tersebut. Nilai-nilai murni merujuk kepada ciri-ciri yang baik pada diri seseorang seperti sifat kasih-sayang, baik hati, kejujuran, kesopanan dan kesederhanaan. Orang yang menghayati nilai-nilai ini dikatakan beretika, bersusila, berakhlak, bermoral atau berperibadi mulia. Enam belas nilai yang diterap melalui pendidikan moral yang diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.
Enam belas nilai murni itu ialah:
i) baik hati,
ii) berdikari,
iii) hemah tinggi,
iv) hormat-menghormati,
v) kasih sayang,
vi) keadilan,
vii) kebebasan,
viii) keberanian,
ix) kebersihan fizikal dan mental,
x) kejujuran,
xi) kerajinan,
xii) kerjasama,
xiii) kesederhanaan,
xiv) kesyukuran,
xv) rasional
xvi) semangat masyarakat.
Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang unik disebabkan perbezaan etnik dan kaum yang amat jelas dalam segala aspek kehidupan. Faktor-faktor etnik, keturunan, budaya dan agama begitu kuat mempengaruhi pcrkembangan nilai yang mencorakkan keadaan, hubungan, pencapaian, integrasi, polarisasi dan sensitiviti masyarakat tersebut. Nilai-nilai murni yang diutamakan sebagai asas membina masyarakat Malaysia ialah kerjasama, toleransi, perpaduan, hormat-menghormati, keadilan sosial, kesaksamaan dan kesetiaan kepada negara.
Nilai-Nilai Cemerlang Dalam Program Pembudayaan Kakitangan Awam
Usaha-usaha pembaharuan struktur Pentadbiran Awan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan tidak mendatangkan hasil sekiranya kakitangan awam tidak bersedia melasksanakan awam dengan nilai- nilai cemerlang dilaksanakan. Bagi memupuk nilai-nilai cemerlang, beberapa dasar dan garis panduan telah diperkenalkan iaitu:
i) Etika Perkhidmatan Awam
ii)Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah
iii) Dasar Pandang Ke Timur
iv) Kempen Kepimpinan Melalui Teladan
v) Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam.
vi) Budaya Kerja Cemerlang
Etika Kerja Perkhidmatan Awam
EPA adalah garis panduan etika kakitangan awam yang dimuatkan di dalam buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang yang diterbitkan pada tahun 1979. Ia menggariskan etika perkhidmatan awam yang berteraskan tujuh teras perkhidmatan,iaitu:
i) Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
ii) Bekerja dengan penuh tanggyngjawab
iii) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
iv) Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
v) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
vi) Bekerjasama dan membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
vii) Berpegang teguh kepada ajaran agama
Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Ia didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.
Senarai Nilai Tonggak Dua Belas ialah:-
i) Menghargai Masa
ii) Ketekunan Membawa Kejayaan
iii) Keseronokan Bekerja
iv) Kemuliaan Kesederhanaan
v) Ketinggian Peribadi
vi) Kekuatan Sifat Baik Hati
vii) Pengaruh Teladan
viii) Kewajipan Menjalankan Tugas
ix) Kebijaksanaan Berhemat
x) Keutamaan Kesabaran
xi) Peningkatan Bakat
xii) Nikmat Mencipta
Amalan Etika Pengurusan
Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengurus-pengurus yang tidak mempraktikkan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan, boleh memberikan kesan yang merugikan kepada organisasi masing-masing. Justeru itu, setiap pengurus perlu membimbing para pekerjanya untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dengan berazam untuk meningkatkan mutu kerja mereka secara bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh kemesraan, bekerjasama untuk membanteras kelemahan dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
Proses pengurusan
Proses pengurusan dapatlah dirumuskan bahawa terdapat empat fungsi penting bagi pengurusan, iaitu 4P seperti berikut: perancangan, penyusunan, pimpinan dan pengawalan.
Pengurusan Yang Berjaya
Seseorang pengurus yang berkesan memainkan beberapa peranan, iaitu:
i) Bertanggungjawab memberi motivasi dan memberi latihan kepada kakitangan
ii) Menjalin hubungan yang baik dengan orang yang penting
iii) Menganalisis dan seterusnya menyebarkan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan organisasinya.
iv) Menggerakkan serta mewujudkan pelbagai perubahan dan inovasi dan
v) Bertanggungjawab sebagai jurucakap dan jururunding bagi pihak organisasinya.
Prinsip etika pengurusan seperti yang dipraktikkan oleh Matsushita ialah:
i) Perkhidmatan untuk negara melalui industri
ii) Keadilan
iii) Harmoni dan kerjasama
iv) Berusaha untuk kebajikan
v) Berbudi bahasa dan merendah diri
vi) Penyesuaian dan penyerapan
vii) Bersyukur
Penerapan Nilai Budaya Kerja Cemerlang
Ciri- ciri nilai dan etika pengurusan yang baik adalah antara lainnya seperti disenaraikan di bawah:
I. Amanah
II. Bersih
III. Berdedikasi
IV. Berdisiplin
V. Bertanggungjawab
VI. Bersopan-santun
VII. Pemesyuaratan
VIII. Adil
IX. Berintegrasi
X. Berilmu
XI. Akauntabiliti
XII. Produktiviti
Etika Negatif Dalam Pengurusan
i) Jenayah Kolar Putih
Jenayah ini merupakan perbuatan yang melanggar etika pengurusan. Golongan yang melakukan jenayah ini tidak mengendalikan tugas secara jujur dan tidak mematuhi undang-undang. Jenayah ini melibatkan golongan berjawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli profesional dan berpendidikan tinggi.
ii) Rasuah
Rasuah melibatkan dua pihak iaitu pihak memberi dan pihak menerima suapan sebagai dorongan atau galakan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Wang yang dikenali sebagai kickbacks merupakan alat penting dalam amalan rasuah. Ada juga rasuah dalam bentuk hadiah berharga, keraian, hamper, lawatan dan sebagainya. Masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menangani gejala tersebut.
Tindakan Mengawal Kebajikan Pekerja
Tindakan yang dapat diambil oleh pekerja bagi meningkatkan suasana kerja adalah melalui penubuhan Kesatuan Sekerja dan tindakan “tiupan wisel”.
Oraganisasi Dan Pekerja
Gabungan yang mantap dan sempurna di antara pengurusan dan pekerja merupakan faktor yang penting ke arah kesejahteraan organisasi. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak itu perlu dikenal pasti dengan jelas agar tidak timbul sebarang perselisihan. Etika yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan terhadap para pekerjanya dapat di lihat dari aspek-aspek berikut:
i) Menilai dan memperbaiki perkhidmatan pekerja
ii) Menghindarkan pengamalan pilih kasih
iii) Memberikan perhatian kepada keperluan
iv) Memastikan perdapatan yang berpatutan
v) Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan
vi) Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala
Etika Organisasi Terhadap Perkerja
Kita perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan para pekerjanya. Ini adalah kerana sebarang perasaan terancam, tertekan, tergugat dan segala macam penindasan akan merendahkan moral para pekerja dan semestinya membawa kesan negatif kepada produktiviti.Untuk kepentingan kedua-dua pihak sesebuah organisasi perlu mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan para pekerjanya.
Etika Pekerja Terhadap Organisasi
Para pekerja mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap organisasi. Aspek ini penting untuk memastikan organisasi berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh para pekerja adalah seperti berikut:
i) Memberikan komitmen yang jitu
ii) Mempunyai keyakinan terhadap kemampuan organisasi
iii) Bertimbang rasa dan tidak terlalu mengharapkan ganjaran
Amalan Etika Perniagaan
Etika Perniagaan perlu ditegaskan bagi membasmi dan memelihara pengurusan perniagaan daripada berlakunya kecurangan dan pelanggaran hak masyarakat. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak. Secara umunnya, tujuan etika perniagaan ialah ialah:
i) Memelihara hubungan
ii) Mengawal tingkahlaku
Ekonomi Islam
Aktviti ekonomi islam merangkumi aspek kenegaraan,perdagangan dan kemasyarakatan. Terdapat 6 prinsip dalam ekonomi islam iaitu:
i) Allah s.w.t pemilik sebenar. Semua makhluk adalah ciptaan Allah.
ii) Allah s.w.t memberi hak kepada manusia untuk memiliki kekayaan tetapi kebebasan manusia menggunakan dari milik-Nya adalah terbatas.
iii) Kekayaan alam hendaklah dinikmati bersama.
iv) Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam system kewangan islam
v) Nilai akhlak utama islam ialah akhlak islamiah
vi) Sumber-sumber kekayaan adalah atas kehendak Allah.
Etika Perniagaan
Etika Perniagaan ialah melaksanakan urus niaga kita dengan mengelakkan atau menghalang daripada melakukan amalan yang salah dan kegiatan yang tidak beretika. Etika ialah syarat utama untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan adalah nadi pergerakan ekonomi dalam sesebuah Negara, perniagaan mempunyai kedudukan dan fungsi yang tersendiri. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.
Etika Perniagaan Islam
Masalah etika telah melanda masyarakat hampir di sepanjang zaman dalam hampir setiap aspek hidup, termasuklah urusan perniagaan. Apa yang sering berlaku di kalangan peniaga ialah sungutan bahawa mereka terpaksa memberi sogokan kepada orang-orang tertentu jika mereka hendak mendapatkan sesuatu projek. Sungutan atau memberi rasuah juga sering didengar oleh kita bahawa sesuatu projek yang dilaksanakan itu tidak siap mengikut jangka masa yang ditetapkan, tidak memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang dikehendaki dan lain-lain lagi. Di samping itu, para pelanggan juga sering kena tipu apabila membeli sesuatu barangan, seperti buah durian, cempedak, tembikai, dan lain-lain. Kerapkali kita dapati barang itu tidak sebaik yang kita inginkan, walaupun semasa kita membeli, kita diberi berbagai jaminan yang sangat meyakinkan. Perkara-perkara seperti ini berlaku dengan berleluasa, ia dilakukan dengan cara yang teliti dan berperancangan sehingga sukar dikesan atau dibawa ke mahkamah. Justeru itu, walaupun hukuman berat boleh dijatuhkan, tetapi penjenayah kolar putih masih berlaku dengan berleluasa. Dalam keadaan seperti ini, Islam menentukan supaya setiap orang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan haruslah mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, sebelum mereka menceburkan diri dalam hal itu.
Amalan Etika Alam Sekitar
Etika alam sekitar ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia ke atas alam sekitar. Dengan berdasarkan ini, sesuatu tindakan manusia ke atas alam sekitar boleh dikategorikan sebagai tindakan yang baik atau buruk. Sesuatu sistem nilai tentang alam sekitar yang diterima oleh sesebuah masyarakat boleh diaplikasikan sebagai kod etika atau garis panduan moral kepada setiap anggota masyarakat, malah dapat berkembang menjadi perundangan dan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar dan ekologi.
Alam sekitar merupakan salah satu unsur alam tabii ciptaan Allah S.W.T. Sistem alam sekitar mempunyai ciri-ciri seperti imbangan, keseimbangan, segar, indah dan kudus. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat berguna dan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar, manusia mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Setelah mengetahui manfaat alam sekitar kepada manusia, kewujudan dan konsep manusia untuk memahami konsep Islam terhadap terhadap alam sekitar.
Manakala Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan antara organisma (haiwan dan tumbuhan) dengan alam sekitar tempat organisma tersebut hidup. Istilah ekologi ini buat kali pertamanya telah digunakan oleh seorang ahli biologi Jerman, iaitu Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa greek, ‘oikos’ yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya. Ekologi juga dapat diertikan sebagai sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur dan fungsi alam dan manusia sebahagian daripada alam.
Pengurusan Alam Sekitar Ke Arah Abad Ke-21
i) Pendekatan pengurusan pencemaran
ii) Pengawalan pencemaran ozon
iii) Pengurusan pengawalan Flora dan Fauna
iv) Kitaran semula
Subscribe to:
Posts (Atom)