Friday, March 30, 2012

BAB 10 ETIKA DAN NILAI-NILAI MURNI DI MALAYSIA

 
Etika yang menjadi norma kepada masyarakat Malaysia yang dinamakan etika nilai-nilai murni Malaysia. Malaysia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, memiliki ciri-ciri sosialnya tersendiri. Ini dapat dilihat pada bahasa, agama, kepercayaan dan cara hidup iaitu warisan setiap kaum tersebut. Nilai-nilai murni merujuk kepada ciri-ciri yang baik pada diri seseorang seperti sifat kasih-sayang, baik hati, kejujuran, kesopanan dan kesederhanaan. Orang yang menghayati nilai-nilai ini dikatakan beretika, bersusila, berakhlak, bermoral atau berperibadi mulia. Enam belas nilai yang diterap melalui pendidikan moral yang diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.
 
Enam belas nilai murni itu ialah:

i) baik hati,

ii) berdikari,

iii) hemah tinggi,

iv) hormat-menghormati,

v) kasih sayang,

vi) keadilan,

vii) kebebasan,

viii) keberanian,

ix) kebersihan fizikal dan mental,

x) kejujuran,

xi) kerajinan,

xii) kerjasama,

xiii) kesederhanaan,

xiv) kesyukuran,

xv) rasional

xvi) semangat masyarakat.
 

Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang unik disebabkan perbezaan etnik dan kaum yang amat jelas dalam segala aspek kehidupan. Faktor-faktor etnik, keturunan, budaya dan agama begitu kuat mempengaruhi pcrkembangan nilai yang mencorakkan keadaan, hubungan, pencapaian, integrasi, polarisasi dan sensitiviti masyarakat tersebut. Nilai-nilai murni yang diutamakan sebagai asas membina masyarakat Malaysia ialah kerjasama, toleransi, perpaduan, hormat-menghormati, keadilan sosial, kesaksamaan dan kesetiaan kepada negara.



Nilai-Nilai Cemerlang Dalam Program Pembudayaan Kakitangan Awam

Usaha-usaha pembaharuan struktur Pentadbiran Awan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan tidak mendatangkan hasil sekiranya kakitangan awam tidak bersedia melasksanakan awam dengan nilai- nilai cemerlang dilaksanakan. Bagi memupuk nilai-nilai cemerlang, beberapa dasar dan garis panduan telah diperkenalkan iaitu:

i)  Etika Perkhidmatan Awam

ii)Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah

iii) Dasar Pandang Ke Timur

iv) Kempen Kepimpinan Melalui Teladan

v) Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam.

vi) Budaya Kerja Cemerlang



Etika  Kerja Perkhidmatan Awam

EPA adalah garis panduan etika kakitangan awam yang dimuatkan di dalam buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang yang diterbitkan pada tahun 1979. Ia menggariskan etika perkhidmatan awam yang berteraskan tujuh teras perkhidmatan,iaitu:

i)                    Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

ii)                  Bekerja dengan penuh tanggyngjawab

iii)                Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

iv)                Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan

v)                  Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

vi)                Bekerjasama dan membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

vii)              Berpegang teguh kepada ajaran agama



Tonggak Dua Belas

Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Ia didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.

Senarai Nilai Tonggak Dua Belas ialah:-

i) Menghargai Masa

ii) Ketekunan Membawa Kejayaan

iii) Keseronokan Bekerja

iv) Kemuliaan Kesederhanaan

v) Ketinggian Peribadi

vi) Kekuatan Sifat Baik Hati

vii) Pengaruh Teladan

viii) Kewajipan Menjalankan Tugas

ix) Kebijaksanaan Berhemat

x) Keutamaan Kesabaran

xi) Peningkatan Bakat

xii) Nikmat Mencipta



Amalan Etika Pengurusan

Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengurus-pengurus yang tidak mempraktikkan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan, boleh memberikan kesan yang merugikan kepada organisasi masing-masing. Justeru itu, setiap pengurus perlu membimbing para pekerjanya untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dengan berazam untuk meningkatkan mutu kerja mereka secara bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh kemesraan, bekerjasama untuk membanteras kelemahan dan berpegang teguh kepada ajaran agama.



Proses pengurusan

Proses pengurusan dapatlah dirumuskan bahawa terdapat empat fungsi penting bagi pengurusan, iaitu 4P seperti berikut: perancangan, penyusunan, pimpinan dan pengawalan.



Pengurusan Yang Berjaya

Seseorang pengurus yang berkesan memainkan beberapa peranan, iaitu:

i)                    Bertanggungjawab memberi motivasi dan memberi latihan kepada kakitangan

ii)                  Menjalin hubungan yang baik dengan orang yang penting

iii)                Menganalisis dan seterusnya menyebarkan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan organisasinya.

iv)                Menggerakkan serta mewujudkan pelbagai perubahan dan inovasi dan

v)                  Bertanggungjawab sebagai jurucakap dan jururunding bagi pihak organisasinya.



Prinsip etika pengurusan seperti yang dipraktikkan oleh Matsushita ialah:

i)                    Perkhidmatan untuk negara melalui industri

ii)                  Keadilan

iii)                Harmoni dan kerjasama

iv)                Berusaha untuk kebajikan

v)                  Berbudi bahasa dan merendah diri

vi)                Penyesuaian dan penyerapan

vii)              Bersyukur



Penerapan Nilai Budaya Kerja Cemerlang

Ciri- ciri nilai dan etika pengurusan yang baik adalah antara lainnya seperti disenaraikan di bawah:

       I.            Amanah

    II.            Bersih

 III.             Berdedikasi

 IV.             Berdisiplin

    V.             Bertanggungjawab

 VI.             Bersopan-santun

VII.             Pemesyuaratan

VIII.             Adil

 IX.             Berintegrasi

    X.             Berilmu

 XI.             Akauntabiliti

XII.             Produktiviti



Etika Negatif Dalam Pengurusan

i)                    Jenayah Kolar Putih

Jenayah ini merupakan perbuatan yang melanggar etika pengurusan. Golongan yang melakukan jenayah ini tidak mengendalikan tugas secara jujur dan tidak mematuhi undang-undang. Jenayah ini melibatkan golongan berjawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli profesional dan berpendidikan tinggi.



ii)                  Rasuah

Rasuah melibatkan dua pihak iaitu pihak memberi dan pihak menerima suapan sebagai dorongan atau galakan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Wang yang dikenali sebagai kickbacks merupakan alat penting dalam amalan rasuah. Ada juga rasuah dalam bentuk hadiah berharga, keraian, hamper, lawatan dan sebagainya. Masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menangani gejala tersebut.



Tindakan Mengawal Kebajikan Pekerja

Tindakan yang dapat diambil oleh pekerja bagi meningkatkan suasana kerja adalah melalui penubuhan Kesatuan Sekerja dan tindakan “tiupan wisel”.



Oraganisasi Dan Pekerja

Gabungan yang mantap dan sempurna di antara pengurusan dan pekerja merupakan faktor yang penting ke arah kesejahteraan organisasi. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak itu perlu dikenal pasti dengan jelas agar tidak timbul sebarang perselisihan. Etika yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan terhadap para pekerjanya dapat di lihat dari aspek-aspek berikut:

i)                    Menilai dan memperbaiki perkhidmatan pekerja

ii)                   Menghindarkan pengamalan pilih kasih

iii)                Memberikan perhatian kepada keperluan

iv)                Memastikan perdapatan yang berpatutan

v)                  Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan

vi)                Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala



Etika Organisasi Terhadap Perkerja

Kita perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan para pekerjanya. Ini adalah kerana sebarang perasaan terancam, tertekan, tergugat dan segala macam penindasan akan merendahkan moral para pekerja dan semestinya membawa kesan negatif kepada produktiviti.Untuk kepentingan kedua-dua pihak sesebuah organisasi perlu mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan para pekerjanya.



Etika Pekerja Terhadap Organisasi

Para pekerja mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap organisasi. Aspek ini penting untuk memastikan organisasi berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh para pekerja adalah seperti berikut:

i)                    Memberikan komitmen yang jitu

ii)                  Mempunyai keyakinan terhadap kemampuan organisasi

iii)                Bertimbang rasa dan tidak terlalu mengharapkan ganjaran



Amalan Etika Perniagaan

Etika Perniagaan perlu ditegaskan bagi membasmi dan memelihara pengurusan perniagaan daripada berlakunya kecurangan dan pelanggaran hak masyarakat. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak. Secara umunnya, tujuan etika perniagaan ialah ialah:

i)  Memelihara hubungan

ii)  Mengawal tingkahlaku



Ekonomi Islam

Aktviti ekonomi islam merangkumi aspek kenegaraan,perdagangan dan kemasyarakatan. Terdapat 6 prinsip dalam ekonomi islam iaitu:

i) Allah s.w.t pemilik sebenar. Semua makhluk adalah ciptaan Allah.

ii) Allah s.w.t memberi hak kepada manusia untuk memiliki kekayaan tetapi kebebasan manusia menggunakan dari milik-Nya adalah terbatas.

iii) Kekayaan alam hendaklah dinikmati bersama.

iv) Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam system kewangan islam

v) Nilai akhlak utama islam ialah akhlak islamiah

vi) Sumber-sumber kekayaan adalah atas kehendak Allah.



Etika Perniagaan

Etika Perniagaan ialah melaksanakan urus niaga kita dengan mengelakkan atau menghalang daripada melakukan amalan yang salah dan kegiatan yang tidak beretika. Etika ialah syarat utama untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan adalah nadi pergerakan ekonomi dalam sesebuah Negara, perniagaan mempunyai kedudukan dan fungsi yang tersendiri. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.



Etika Perniagaan Islam

Masalah etika telah melanda masyarakat hampir di sepanjang zaman dalam hampir setiap aspek hidup, termasuklah urusan perniagaan. Apa yang sering berlaku di kalangan peniaga ialah sungutan bahawa mereka terpaksa memberi sogokan kepada orang-orang tertentu jika mereka hendak mendapatkan sesuatu projek. Sungutan atau memberi rasuah juga sering didengar oleh kita bahawa sesuatu projek yang dilaksanakan itu tidak siap mengikut jangka masa yang ditetapkan, tidak memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang dikehendaki dan lain-lain lagi. Di samping itu, para pelanggan juga sering kena tipu apabila membeli sesuatu barangan, seperti buah durian, cempedak, tembikai, dan lain-lain. Kerapkali kita dapati barang itu tidak sebaik yang kita inginkan, walaupun semasa kita membeli, kita diberi berbagai jaminan yang sangat meyakinkan. Perkara-perkara seperti ini berlaku dengan berleluasa, ia dilakukan dengan cara yang teliti dan berperancangan sehingga sukar dikesan atau dibawa ke mahkamah. Justeru itu, walaupun hukuman berat boleh dijatuhkan, tetapi penjenayah kolar putih masih berlaku dengan berleluasa. Dalam keadaan seperti ini, Islam menentukan supaya setiap orang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan haruslah mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, sebelum mereka menceburkan diri dalam hal itu.



Amalan Etika Alam Sekitar

Etika alam sekitar ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia ke atas alam sekitar. Dengan berdasarkan ini, sesuatu tindakan manusia ke atas alam sekitar boleh dikategorikan sebagai tindakan yang baik atau buruk. Sesuatu sistem nilai tentang alam sekitar yang diterima oleh sesebuah masyarakat boleh diaplikasikan sebagai kod etika atau garis panduan moral kepada setiap anggota masyarakat, malah dapat berkembang menjadi perundangan dan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar dan ekologi.

Alam sekitar merupakan salah satu unsur alam tabii ciptaan Allah S.W.T. Sistem alam sekitar mempunyai ciri-ciri seperti imbangan, keseimbangan, segar, indah dan kudus. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat berguna dan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar, manusia mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Setelah mengetahui manfaat alam sekitar kepada manusia, kewujudan dan konsep manusia untuk memahami konsep Islam terhadap terhadap alam sekitar.

Manakala Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan antara organisma (haiwan dan tumbuhan) dengan alam sekitar tempat organisma tersebut hidup. Istilah ekologi ini buat kali pertamanya telah digunakan oleh seorang ahli biologi Jerman, iaitu Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa greek, ‘oikos’ yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya. Ekologi juga dapat diertikan sebagai sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur dan fungsi alam dan manusia sebahagian daripada alam.



Pengurusan Alam Sekitar Ke Arah Abad Ke-21

i)                    Pendekatan pengurusan pencemaran

ii)                  Pengawalan pencemaran ozon

iii)                Pengurusan pengawalan Flora dan Fauna

iv)                Kitaran semula

No comments:

Post a Comment